Sunday, 23 February 2014

Pra-Pendaftaran Kelas Online Belajar Buat Produk Abdullah FOODS

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Syukur kerana komputer riba telah kembali kepada tuannya. Jadi bolehlah saya menumpang lagi. Gembira sungguh saya menaip hari ini. Abdullah keluar membeli barang keperluan dengan Abi jadi tinggal saya dan Lina bolehlah pecut sebentar sebelum hero pulang. Tengahari tadi kami sekeluarga ke Walimatul Urus nenda saudara di Bayan Baru. Subhanallah, seronok! Cenderahati kepada semua tetamu berupa majalah-majalah yang digulung dan diikat riben. Ringkas tetapi amat menggembirakan hati. Ada majalah Anis, Kuntum juga Asuh.

Baiklah, kembali kepada tujuan asal. Saya sungguh tidak sabar ingin mencurahkan ilmu di dalam kelas online belajar menghasilkan produk Abdullah FOODS. Alhamdulillah rupa-rupanya ramai yang ingin belajar menghasilkan Kacang Balut tidak kurang juga dengan Serunding Daging Hitam Manis dan Kerepek Tempe.

Bagi kalian yang berminat, berikut ialah yuran bagi kelas online yang akan dimulakan Insha Allah Bulan Mac ini. Tarikhnya saya akan umumkan kemudian.

Pakej 1: Kacang Balut Yuran RM 125.00

Pakej 2: Serunding Daging Hitam Manis Yuran RM 145.00

Pakej 3: Kerepek Tempe Yuran RM 95.00

Pakej 4: Kacang Balut Empat Jenis Yuran RM 245.00

Pakej 5: Serunding Daging Hitam Manis dan Kerepek Tempe Yuran RM 245.00


PROMOSI sempena Bulan MAC ialah PERCUMA E-BOOK resepi produk-produk mengikut pakej yang dipilih!

Bagi tuan-tuan yang berminat untuk menempatkan diri sebagai pemula di dalam mengembangkan produk ini (Kelas Mac 2014), silakan membuat pendaftaran awal dengan SMS kepada 0179453559 untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga untuk sebarang pertanyaan.

Sekian

Wassalam WBT


Friday, 21 February 2014

Siapa Cakap Tiada Masa?


Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah, Abdullah main di tepi sekejap, saya pecut menaip seolah-olah ada lumba lari di jari-jemari sendiri. Jika ada silap taip, kemudian saya akan betulkan.

Saya seorang yang 'perfectionist' konon-kononnya, namun apa yang saya dapati, saya terlampau ingin sempurna sehinggakan kebanyakan perkara jarang dapat disiapkan dalam tempoh 24 jam sehari.

Setelah mengintai status guru-guru online saya, saya dapati sebenarnya kita perlu buat dan bertindak sahaja.

Sampai bila saya hendak menunggu komputer riba siap dibaiki. Ini semua buang masa dan mendatangkan kerugian kepada perancangan saya.

Alhamdulillah ada telefon pintar adik. Jadi saya teruskan sebagai merealisasikan permintaan pembaca yang meminta diadakan kelas di Kuala Lumpur Selangor Pahang dan Johor buat masa ini Abdullah FOODS akan menyediakan pakej belajar secara online beserta e-book panduan dan tips menyediakan kerepek atau makanan pilihan yang ingin dipelajari.

Saya memohon doa kalian supaya hal ini dipermudahkanNya demi kebaikan kita bersama. Senyum penuh pengharapan. SesungguhNya Allah SWT jualah sebaik-baik Perancang.