Wednesday, 30 April 2014

Tips Majlis Berseri dengan Aneka Agar-agar Kering




Teks: Siti Nurulhusna Hashim
Imej: Galeri Abdullah FOODS

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Apa khabar sidang pembaca sekaliannya? Diharapkan kalian semua menjaga kesihatan di kala cuaca yang tidak menentu ini. Anak-anak saya nan sepasang itu juga sedang pulih dari demam campak. Alhamdulillah Adik Lina mudah dipujuk jika merap. Maklumlah, demam campak pastinya sendi-sendi mereka terasa sengal dan berbisa. Kasihan anak-anak ummi, namun demam campak pasti kalian tempuhi juga.

Di penghujung April, jemputan kenduri-kendara sudah mulai rancak. Insha Allah, yang mana dekat akan kami usahakan sedaya upaya untuk bertandang. Yang melangkau negeri nampak gayanya, kami terpaksa mohon permisi untuk tidak hadir lantaran tempahan perlu disiapkan pada tarikhnya dan jadual kerja suami yang Subhanallah sibuk!

Sedih juga sebenarnya kerana selalu tidak berkesempatan berjumpa dengan sahabat handai di walimatul urus mereka. Namun apakan daya.

Baiklah, entri kali ini saya ingin terus sahaja mempromosi Agar-agar Kering Abdullah FOODS yang terdiri daripada beberapa variasi. Semuanya berwarna-warni menambat hati dan amat cocok dijadikan ole-ole menyambut tetamu mahupun sebagai hantaran. Dengan warnanya yang menarik perhatian ini, majlis yang kalian adakan pasti tambah berseri!

Inilah tradisi turun-temurun, tak lapuk dek panas, tak lekang dek hujan. Manis memang manis, kami perisakan sesetengah varian agar penggemar agar-agar kering dapat menikmatinya dengan pengalaman baru. Inilah tradisi dalam makanan yang kami cuba kontemporarikan, sebagai contoh varian Flavourita 3D, Pink-Blue Sakura, Fruity Crush juga Tulips de Organics.

Dijadikan cemil-cemilan, rasanya membuatkan kita tersenyum manis. Teringatkan atuk dan nenek yang pernah buatkan kita agar-agar kering menjelang hari raya. Minda melayang teringatkan emak yang acapkali menjemur agar-agar untuk diisi ke dalam balang kuih raya, namun 'selesai' sebelum tetamu sempat merasanya. Nakalnya kami adik-beradik zaman anak-anak dahulu.

Rasa geli hati bila teringatkan gigi susu adik yang rongak tapi dialah penggemar nombor satu agar-agar kering ini. Malas berus gigi itulah jadinya. Tetapi, itu baru kanak-kanak namanya bukan?

Sebelum saya melalut hingga ke laut, makanya bagi urusan menempah agar-agar kering ini, tempoh masa sekurang-kurangnya ialah dua minggu sebelum majlis. Ini ialah tempoh bertenang selari dengan cuaca yang tidak menentu lewat kini. Bagi tempahan hantaran, saya perlukan sebulan lebih awal dari tarikh penghantaran supaya semuanya dapat disiapkan sebelum waktunya. Insha Allah.

Berikut ialah beberapa keping gambar dan untuk maklumat lanjut, saudara dan saudari bolehlah berhubung terus di laman peminat mukabuku 'Abdullah FOODS'.







Sekian sahaja dari saya, sehingga ketemu lagi insha Allah. Terima kasih di atas kesetiaan kalian mengikuti perkembangan Abdullah FOODS di sini.

Wassalam wbt.

Potensi Makanan Ala Jimat Masa

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Imej: Galeri Abdullah FOODS

Bismillah

Assalamualaikum wbt

Kurang lebih dua bulan lagi, Ramadhan Mubarak bakal menjelma. Saya di rumah keluarga, bolehlah saya gunakan komputer di sini. Anak-anak masih lagi tidur. Syukur Alhamdulillah, nikmat berWAHM.

Ahlan wasahlan ya Ramadhan.

Abdullah FOODS menyediakan kelas untuk belajar menghasilkan sendiri makanan tradisi ala jimat masa.

Kenapa jimat masa? Kerana insha Allah makanan seperti kerepek tempe, serunding daging hitam manis dan acar limau mak teh special memang tahan lama.

Dengan gaya hidup serba pantas, makanan makanan berkonsepkan tahan lama dan jimat masa sememangya berpotensi diperkembangkan. Yang penting, perut terasa kenyang di saat-saat perkelahan, perjalanan yang jauh, mahupun di kala tetamu bertandang secara mengejut.


Jika ada kesungguhan, makanan ini juga boleh dipek atau dibotolkan kecil kecil untuk buah tangan tetamu yang hadir. Pasti ada kelainannya!

Agen dropship di alu alukan 

Sekian

Wassalam wbt

Tuesday, 8 April 2014

Suprise Party Planner


Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Anak-anak lena. Cuaca nyaman sekali kerana di luar hujan renyai-renyai. Saya mengetuk papan kekunci telefon bimbit ini kerana komputer riba punah kipas penyejuknya pula.

Abdullah bulan ini dah pandai minta umi mainkan video 'egg suprise'. Umi lap peluh di dahi.


Alamak, ulangtahun kelahiran suami hujung bulan ini. Tahun lepas buat kejutan ayam percik, nasi hujan panas dan puding karamel. Minta tolong abang dan kakak ipar belikan kek hari lahir dan kakak sulung datang membawa aiskrim.

Suami saya yang baru pulang awal pagi itu masih mamai ketika ahli keluarga berkumpul. Makin ramai dan ramai lagi. Beliau masih tidak perasan.

Pun beliau tidak tahu apa yang berlaku di dapur kerana saya perap ayam senyap-senyap sahaja. Rempah sudah saya kisar dari semalamnya. Barang basah pun saya beli siap-siap masukkan ke dalam peti. Begitu juga puding karamel. Malamnya sudah dibiarkan menyejuk dalam peti.

Tinggal lagi pagi itu untuk membuat jelatah timun, karot dan nenas serta memanggang ayam percik.

Terpancar keceriaan di wajah beliau. Alhamdulillah. Saya amat lega dan gembira parti mengejut ini berjalan lancar walaupun dengan bajet yang minima.

Bagi suami, isteri, ibu, ayah, kakak, adik atau sesiapa sahaja yang ingin membuat kejutan tidak kira hari lahir, hari ulangtahun pernikahan, majlis kesyukuran atau apa sahaja hari yang bermakna pada kalian tetapi masa tidak mengizinkannya, kalian boleh berhubung dengan saya untuk perbincangan lanjut.

Bayangkan kejutan yang ingin diberi kepada yang tersayang, mahu di taman, di pantai, di rumah atau di mana- mana yang sesuai, insha Allah, bersama Abdullah FOODS, kita boleh merealisasikannya.

Mahu fine dining di rumah, mahu perkelahan romantik melihat panorama pagi atau malam, mahu makanan berkhasiat dan menyeronokkan kanak-kanak, mahu rakam momen terindah dengan gambar yang profesional, Insha Allah semuanya boleh dibincangkan.

Jom beri kejutan terindah buat insan istimewa di hati kita!

Sekian

Wassalam wbt