Monday, 30 September 2013

Air Tangan Suami

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Assalamualaikum WBT

Lega rasanya bila permata hati tidur petang siap berdengkur lagi. Mana taknya, dilayan penuh kesabaran selama 5 jam setengah sejak jam 12 tengahari lagi! Kini jam sudah 6.20 petang, saya selesaikan apa yang tertangguh dan kini masanya menulis seketika.

Cepatnya masa berlalu, suami masih di dalam kedainya memproses bekalan Chicken Chop dan hari ini beliau sedang berusaha mengeluarkan produk terbaru Abdullah FOODS iaitu Frozen Lamb Chop pula! Perisanya masih menjadi rahsia sehinggalah beliau keluar dari bertapa sekejap lagi. Gigih sungguh abi bertungkus-lumus mencari rezeki (tafakur seketika mengenang jasa suami).

Saya bersyukur kerana beliau jenis yang ringan tulang menolong di dapur. Memang kerap saya menjamah air tangan beliau kerana jika hendak dibandingkan saya dan suami, beliau lebih handal dan cekap di dapur sehingga boleh menerima 'Tabik Spring' kata orang Utara. Sebelum bergelar Abang Polis, beliau belajar kulinari dan berpengalaman di pelbagai jenis dapur dari kedai makan sehinggalah dapur hotel. Jadi, memang bab ini, saya mengalah dan memberi anugerah bintang kepadanya.

Jadi, nantikan 'bayi' baru Abdullah FOODS! Insha Allah sedikit masa lagi saya akan sertakan gambar beserta maklumat-maklumat yang panas-panas buat tatapan pembaca. Sebarang pertanyaan bolehlah dilangsungkan kepada suami tersayang di 0129866819 (En. Hilmi).

Sekian,

Wassalam WBT

----------------------------------------------------------



Blog adalah tools percuma untuk penyebaran maklumat dan perniagaan di alam maya. 
Mula daftar diri untuk menyertai kelas asas blog. Layari di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/kelas-belajar-asas-membuat-blog-dan.html

No comments:

Post a Comment