Assalamualaikum WBT
Sedar tak sedar sudah seminggu kita berpuasa, kawan-kawan macam mana? Mesti masing-masing ada rencana baik untuk fasa kedua Ramadhan. Bulan-bulan puasa ni, buatkan kita mengenang nasib insan-insan yang kurang bernasib baik dari kita. Marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang dan dengan bersyukur kita akan lebih gigih bekerja untuk berjaya dalam apa jua bidang yang kita usahakan. Moga kejayaan kita nanti jadi sumbangan untuk orang-orang yang memerlukan, Insha Allah.
Kawan-kawan, entri kali ini saya terus ke ceritanya saja boleh ya disebabkan kisahnya ringkas sahaja. Selalunya kalau hari panas memang saya akan keluar mengangkut talam-talam berisi agar-agar kering untuk dijemur. Memang makanan tradisi rumit sikit, tapi agar-agar kering ni Insha Allah boleh disiapkan sambil-sambil kita buat kerja lain walaupun ambil masa berhari-hari untuk kering dengan elok. Satu hari tu, kebetulan adik kepada jiran saya ada; sedang belek-belek kereta beliau. Beliau datang jenguk langsung bertanya apa namanya kuih yang saya buat ni (hari sebelumnya saya kirim sebekas suruh anak saudaranya bawa balik, tapi saya tak lekat label pun). Banyak dan berwarna-warni pula katanya.
Ini Agar-agar Kering; atau senang cakap 'Malay Candy' kata saya. Sempat juga beliau merisik-risik harga 'kuih' ini dan bertanya laman Facebook Abdullah FOODS. Adik ni, walaupun beliau panggil saya 'dik' tapi saya tahu beliau lagi muda, biasalah orang beradab memang begitu. Sejuk perut ibunya mengandung, rupa-rupanya lulusan Ijazah Perhutanan, tapi minat berniaga, baguslah muda-muda dah ada kecenderungan yang baik. Orang muda yang berjiwa besar patutlah nampak matang sahaja tapi kami tak bercakap lama memandangkan beliau nak balik kampung di Selatan tanahair.Saya doakan semoga adik tu berjaya dengan cita-cita murni beliau, Amiinn.
Nak tengok rupa 'Malay Candy'? Silakanlah, jangan malu jangan segan;
| Inilah rupa Agar-agar Kering tradisi. Warna asasnya putih, kuning, merah, jingga dan hijau manakala rasanya manis. |
| Zaman berubah, agar-agar kering kemudian dimodenkan sedikit dengan gubahan warna campuran tetapi rasa aslinya masih dikekalkan. |
Baiklah, saya rasa maklumat tentang kuih yang menjadi persoalan pada sesetengah di luar sana telah saya kongsikan. Ramai yang tahu tapi ada juga yang tak tahu sebenarnya; terutama generasi muda di bandar-bandar ataupun bukan bandar. Di Abdullah FOODS, Insha Allah produk-produk akan sentiasa ditambahbaikkan demi kepuasan pelanggan. Jikalau ada yang berminat untuk menjadi pengedar, silalah hubungi saya ya!
Sekian sahaja dari saya, semoga dipanjangkan usia kita untuk kita bersua kembali, Insha Allah.
Wassalam wbt
Sedapnya!!! Saya dan suami sukakan agar2 kering ni. Sedap.
ReplyDeleteKan, sedapkan??walaupun manis kita tetap suka makanan tradisi ni. Chef-chef selalu kata, 'Mata makan dulu, kemudian baru lidah' hihihi tapi bila dah rasa teringat-ingat pula..cemil-cemilan manis ni, org makan sikit2 saja kan, takut diabetes pulak.. :)
ReplyDelete