Assalamualaikum WBT, buat apa tu kawan-kawan? Masih lagi berperang kat dapur ya atau masih meninjau-ninjau di Bazar Ramadhan fikir-fikir nak makan apa harini? Tinggal lagi berapa jam sebelum berbuka, sempat saya mencorat-coret sikit kongsi-kongsi apa yang dibuat dan sedang dibuat.
Saya dengan anak baru pulang hantar Pes Perencah dan Sos Ayam Golek Madu Hj. Hashim dan Pes Perencah Ikan Bakar Special (perencah sejuk-beku keluaran Abdullah FOODS) yang dipesan kenalan saya, Mudah katanya nak masak pakai pes perencah sedia ada disebabkan beliau mengajar sesi petang, jadi pulang terus masukkan lauk dalam oven. Kemudian boleh tanak nasi sambil-sambil bertadarus sementara tunggu lauk dan makanan masak. Langsung tak terkejar-kejar katanya. Alhamdulillah, ternyata produk Abdullah FOODS mula mendapat sambutan dek kerana masa boleh dijimatkan tambah-tambah bulan puasa ni. Lepas hantar pes perencah tersebut pada anak beliau, kami pusing-pusing ronda kawasan sebelum singgah sebentar rumah makayah saya. Kerap juga saya pulang ke sana memandangkan kami tinggal dalam satu daerah. Lagipun tokwan dan tok memang selalu teringat-ingat pada si bulat ni. Kalau kami terselang lama sikit, sampai lah tokwan dengan kiriman bekal dari tok.
| Rupa ayam dengan perapan Pes Perencah Ayam Golek Madu Hj. Hashim a.k.a Frozen C'Golek (Quarter Chicken) yang dah dinyah-beku. Sedia untuk oven. |
| Daging yang telah diperap dengan pes perapan yang sama. |
Sambung sikit cerita juadah berbuka harini, nampaknya ayam dan daging dah masak. Saya buatkan Air Asam Special tapi yang jimat masa sebab suami nak buat cicah daging bakar nanti. Sengaja nak pelbagaikan kuah, sebenarnya sos pencicah ada bersama pes perencah tadi saya dah panaskan juga. Di bawah ni saya kongsikan resepi Air Asam Special Jimat Masa untuk para pembaca sekalian.
Air Asam Special Jimat Masa
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 atau 3 biji cabai melaka
1 biji cili hidup
2 biji limau kasturi
2 biji limau kasturi
Air asam secukupnya-kalau suka banyak kuah, banyakkan airnya
Secubit belacan
Budu secukupnya (saya tak letak garam sebab budu dah masin, nak letak cencaluk pon ok)
Gula secukupnya
Langkah-langkahnya:
1. Rincik bawang, tomato, cabai melaka dan cili hidup.
2. Peroikan gula dan belacan kemudian perahkan limau kasturi.
3. Masukkan air asam kemudian perasakan dengan budu. Gaul rata-rata dan siap untuk dihidang.
Itulah hasil-hasilnya seperti gambar di atas ya kawan-kawan! Selamat berbuka saya ucapkan. Kalau ada pertanyaan mengenai pes-pes yang saya ceritakan tadi, jangan segan untuk hubungi saya tau! Sekian perkongsian harini, Insha Allah jumpa lagi kita di lain masa dengan kisah lain pula.
Sekian, Wassalam wbt
Langkah-langkahnya:
1. Rincik bawang, tomato, cabai melaka dan cili hidup.
2. Peroikan gula dan belacan kemudian perahkan limau kasturi.
3. Masukkan air asam kemudian perasakan dengan budu. Gaul rata-rata dan siap untuk dihidang.
| Ayam Golek Madu bersama sos yang tak digolek tetapi dibakar. |
| Daging bersama sos yang dipanaskan. |
| Daging bakar bersama Air Asam Special yang jimat masa. Kawan saya orang Melaka panggil Air Asam ni 'Sambal Tomato'. Panggil apa pun boleh, janji sedap dimakan! (Maaf gambarnya gelap sikit) |
Sekian, Wassalam wbt
wah...sedapnya. kecur air liur. rupanya begini ayam golek. lps ni bleh la try buat. best kn ada instant pes mcm ni.
ReplyDelete