Pembaca yang dihormati sekalian, di sini ada beberapa e-book untuk dikongsi bersama. Bagi pasangan yang baru memiliki rumah, sudah tentu kalian ingin menatarias kediaman dengan sempurna. Dapatkan buku yang baru keluar dari meja pengarang, Insha Allah anda pasti tidak kecewa. Penulis, Puan Khairunnisa Hamzahara merupakan arkitek, pereka dalaman dan juga berpengalaman dalam merekabentuk kediaman dalam projeksi 3D. Tips-tips berguna dan anda boleh DIY untuk lebih kepuasan menghias kediaman pertama anda!
Selain itu, buku yang dilancarkan oleh pengasas Akademi Bekerja di Rumah iaitu Puan Masayu Ahmad ini antara yang terkini dan masih panas-panas dari tangan beliau ialah Panduan 44 hari Pantang: Tradisional dan Moden. Dikarang lengkap dengan panduan dan penerangan tentang tujuan rawatan pantang, tempoh rawat dan rehat, fasa berpantang dan topik-topik berkaitan kehamilan dan fasa-fasa sedari awal mengandung hingga selesai berpantang.
Belajar asas blog dengan membaca buku yang amat bermanfaat ini. Ramai yang boleh menghasilkan blog, namun kurang yang boleh menghasilkan blog yang berpengaruh. Pelajari dan ketahui isi-isi penting dalam penghasilan blog yang mewakili perniagaan, diri sendiri mahupun penjenamaan semula kita dalam usaha berkongsi maklumat dengan umum.
Tercari-cari apakah perniagaan yang ingin dimulakan dari rumah? 101 idea bisnes yang sesuai dijalankan di rumah; baik sebagai 'part time' selepas pulang bekerja mahupun sambil melakukan kerja rumah.
Semoga dengan membaca buku-buku ini kita dapat menambahbaikkan kehidupan kita. Hakikat kehidupan manusia hanyalah tiga hari sahaja. Hari semalam, hari akan datang dan hari ini. Sungguh beruntung insan yang hari esoknya lebih baik dari hari ini. Mari kita usaha keluar dari tipu-daya menjalani hidup sama seperti hari-hari sebelumnya dan semoga kita dapat menjauhi kerugian apabila hari ini lebih teruk dari hari sebelumnya. Insha Allah.
Dua hari kebelakangan ini saya menulis lewat malam lantaran anak-anak sedikit menagih perhatian dan hendak berkepit sepanjang hari hingga makan pun suami yang masakkan. Mungkin baru hendak beradaptasi dan biasakan diri dengan jadual kerja baru suami. Saya pun terasa hendak demam tetapi setakat ini Alhamdulillah, masih boleh dikawal.
Berinspirasikan entri-entri di blog Puan Masayu Ahmad, saya faham akan keperluan dan kebolehupayaan untuk bekerja dalam masa yang fleksibel amat penting dan saya perlu lebih tenang, usah kalut dan gelabah dalam menguruskan semuanya. Katapun hendak jadi surirumah super! (perli diri sendiri yang selalu kalut dan ribut). Terlampau kurang ilmu di dada ketika ini dan terasa amat rendah diri bila membaca blog rakan-rakan yang lain. Masing-masing punya kelebihan dan kehebatan tersendiri dan saya masih bertatih-tatih belajar berpesan-pesan.
Pun begitu saya bersyukur kerana Allah SWT mudahkan jalan saya untuk mempunyai blog sendiri dan belajar dengan guru-guru yang profesional. Saya tidak tahu selok-belok berniaga online kerana saya hanya mencuba berniaga secara konvensional; bertemu dan berjual-beli secara hakiki dengan pelanggan. Setelah disedarkan oleh guru-guru yang berjasa ini, baru saya nampak bahawa Facebook dan blog punya kaitan yang istimewa. Tanpa blog, fanpage saya seolah-olah bersawang di laman sesawang. Blog tanpa fanpage pula umpama cerita yang tiada kesudahannya. Yang lucunya, saya punyai kedua-duanya; fanpage yang bersawang dan blog yang tidak ketahuan punca yang akhirnya saya tamatkan sahaja riwayatnya kerana bahasa yang digunakan terlalu 'hippy'.
Menyepi tanpa haluan, saya cuba memasarkan produk kampung pula untuk digabungkan dengan idea Chicken Chop Frozen suami. Idea-idea semakin rancak dan kami bina fanpage baru dan dalam masa yang sama saya lihat pencapaian guru online saya Puan Khairunnisa Hamzah yang juga rakan sekolah lama; semakin hari semakin mengujakan. hari demi hari saya gagahkan diri menaip dan terus menaip untuk mengajar diri beristiqamah. Saya juga sayangkan perniagaan dan idea-idea canggih kami serta tidak rela melihatnya berkubur begitu sahaja.
Mana tidaknya, pengalaman menunggu masa yang sesuai mencuba idea baru amat menyiksakan. Sedar-sedar sudah ada yang laksanakan idea tersebut. Saya percaya yang Allah SWT tebarkan idea-idea dan ilham-ilham untuk membuka pintu 9 per 10 ini kepada ramai orang dalam masa yang sama, cuma keberanian bertindak itu tidak ramai. Sesiapa yang merebut nikmat pemberian ini, dialah yang merasainya, sesiapa yang tunggu dahulu-lah, tunggu waktu ideal-lah akan berakhir dengan menggigit jari. Bukan tidak boleh mengkaji; boleh. Namun apa ertinya kajian jika teorinya cuma berlegar di minda dan di hati serta mulut? Falsafah, idea, pemikiran yang tidak dicuba di lapangan yang sesuai umpama 'Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya'.
Sudahnya saya masih mencuba dan mencuba. Hasilan masih perlu dicantumkan dan perjalanan dan turutan berniaga online ini dipermudahkan apabila saya 'dikursuskan' secara intensif oleh si abang dengan melihat Upin dan Ipin berulang-kali. Kata emak, pandai sungguh orang yang menulis skrip Upin dan Ipin ini. Macam-macam boleh belajar. Memang benar, saya juga dapat ulangkaji belajar permulaan usahawan online dengan melihat episod Usahawan Muda siri kartun ini. Sidang pembaca boleh klik pada video atau ke link ini: http://www.youtube.com/watch?v=eIo5kEWHjfQ
Bagusnya mendedahkan anak-anak dengan dunia perniagaan supaya mereka kenal erti usaha, strategi, kreativiti, kebolehan, tawakkal dan lain-lain lagi. Bermula dengan melihat kejayaan Abang Sally, Upin, Ipin dan Si Mail Usahawan Dua Seringgit mula berminat hendak berniaga online. Kemudian mereka fikirkan produk hendak diniagakan. Upin dan Ipin positif mahu menjual layang-layang walaupun Tok Dalang mengatakan semua orang di Kampung Durian Runtuh pandai membuatnya. Mail pula melihat peluang apabila melihat betapa rancaknya rakan-rakannya bermain penutup botol.
Dengan nasihat daripada Abang Sally iaitu pemilik Jari-jemari Salleh, layang-layang dan penutup botol mereka ditambahbaikkan dengan hiasan atau lukisan yang tersendiri. Abang Sally hanya lukiskan bunga yang 'simple' pada penutup botol yang Mail bawa, tetapi kanak-kanak ini berusaha lebih lagi dengan melukis gambar yang lebih komplikated dan cantik seiring dengan penjenamaan semula yang membuktikan usaha mereka adalah unik berbeza dengan orang lain. Pasangan kembar tersebut menghasilkan dengan Layang-layang Upin dan Ipin beserta pembungkusan yang amat menarik manakala Mail pula dengan Ceper Mail.
Proses awal ini sangat penting kerana material untuk diletakkan di laman web perlu benar-benar ada untuk pelanggan maya melihatnya. Setelah beberapa ketika, masih belum ada yang membelinya. Abang Sally tanpa teragak-agak terus melaksanakan Langkah 'P' iaitu Promosi. Promosi yang dilakukan secara kreatif hasil usaha mereka akhirnya membuahkan hasil apabila tempahan Ceper Mail mula meningkat dari 15 tempahan dan lebih mengejutkan, Layang-layang Upin dan Ipin mendapat 100 tempahan.
Tidak mahu bertangguh, produk dihasilkan dan siap untuk pengeposan. Sekali lagi Abang Sally berpesan, akaun mesti diperiksa supaya ada pembayaran dilakukan pembeli sebelum barang di poskan. Pesanan yang agak 'cliche' bagi peniaga-peniaga online berpengalaman; tetapi sikap terburu-buru boleh merugikan kita. Biar lambat asal selamat.
Kemudian Mail yang kaki berbisnes itu mahu mencuba menjual ayam gorengnya di alam maya. Abang Sally terus katakan tidak boleh kerana ada benarnya. Produk yang sudah tentu rosak semasa penghantaran jauh tidak sesuai dijual online. Tetapi manalah tahu, rezeki itu ditangan Allah SWT, mungkin ada pembeli yang sekampung mahupun sedaerah boleh datang mencari ayam goreng Mail di pasar malam setelah melihat iklannya di laman web!
Akhirnya, pendapatan yang diperoleh disimpan di dalam bank dan perbelanjaan dilakukan secara berhemah. Upin dan Ipin juga meraikan kejayaan mereka dengan menikmati aiskrim. Jika dilihat, kejayaan menjual kali pertama juga diraikan untuk memberi insentif kendiri. Insentif pada diri sendiri amat penting dalam mengekalkan motivasi dalam perniagaan biarpun dengan sebatang aiskrim untuk dinikmati.
Sekian,
Wassalam WBT
----------------------------------------------------<@
Mari kembangkan idea anda dengan berkongsi di laman blog profesional milik anda sendiri. Coaching personal oleh guru-guru hebat di bawah pengasas Akademi Bekerja di Rumah. PAKEJ KELAS ASAS BLOG BULAN NOVEMBER Harga pakej sebenar RM155 (ebook) + RM130 (yuran kelas)= RM 285 Untuk PROMOSI November RM200 sahaja!
Boleh terus menempah dari saya di http://sitinurulhusnahashim.blogspot.com/p/diari-ummi.html.
Hai semua, apa khabar hari ini? Kita dah berada pada 5 Ramadhan, setakat ini bagaimana keadaan kita ya kawan-kawan? Semalam saya sempat tengok berita jam 8 malam, Astagfirullahal'azim, dah ada yang masuk hospital dek kerana main mercun tak kiralah mercun beli ataupun mercun buatan sendiri. Cakap ni bukan apa, kaum Adam dalam keluarga saya ni pun penggemar mercun, aduhai, ada tips tak nak mematikan semangat insan-insan yang gemarkan permainan berbahaya lagi membahayakan ni?
Maafkan saya, mukaddimah amat bertentangan dengan matlamat asal! Tujuan sebenarnya bukanlah nak bercerita pasal mercun tapi sebab-musabab saya mulai berminat dengan Kelas Asas Blog dan Penulisan di ajar oleh Guru Online saya iaitu Puan Khairunnisa Hamzahara http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/
yang merupakan rakan sekolah lama saya. Saya tahu beliau seorang arkitek dan semakin hari saya ikuti 'post-post'; beliau di facebook saya dapati beliau telah meletakkan jawatan sebagai penjawat awam dan menjalankan perniagaan sendiri. Pada awalnya saya hanya membaca tetapi bak kata emak saya, 'tak masuk di hati' mengenangkan saya juga meletakkan jawatan sama seperti beliau, bezanya saya masih dalam fasa memerah otak untuk menetapkan matlamat hidup saya sedangkan beliau semain rancak. Lama kelamaan saya lihat beliau semakin mantap dan istiqamah berkongsi idea-idea dan buah fikiran yang matang dan positif.
Memang tak boleh jadi, saya semakin ambil perhatian dan akhirnya saya klik juga blog beliau seperti URL di atas. Wah, menarik dan sangat professional cara beliau ber'bloging'! Kemudian baru saya terperasan iklan beliau yang menganjurkan Kelas Asas Blog dan Penulisan ini, waktu itu memang saya tidak cukup duit hendak bayar yuran penyertaan, saya diamkan sahaja. Saya baca lagi blog beliau.dan memikirkan bagaimana nak sertai kelas tersebut. Seminggu dua kemudian saya beranikan diri bertanya kerana saya fikir daripada berdiam diri, terlepas peluang di hadapan mata. Dalam keadaan saya yang tinggal di rumah tanpa pendapatan yang baik dan tetap mahu terus tinggal di rumah dan menjana pendapatan yang lumayan saya kira tidak rugi membayar RM150.00 untuk ilmu yang saya tidak ada ni (saya terlepas peluang yuran RM130.00 kerana tamat tempoh promosi tapi tak mengapalah). Ada yang 'kepelikkan' bila dengar yuran RM150 semata-mata hendak belajar buat blog tetapi bagi saya biarlah apa yang nak difikirkan oleh orang lain kerana saya tidak mahu blog saya dibaca sekali lalu dan tidak diikuti oleh pembaca. Saya mahu pembaca ternanti-nanti apakah yang bakal saya kongsikan dan mahu tahu cara mengekalkan momentum dalam ber'blogging' ini.
Alhamdulillah selesai bayar yuran, Nisa (panggilan kepada Guru Online saya) masukkan dalam Group Belajar dan saya lihat ramai peserta lain sudah maju dalam blog mereka. Blog mereka ada gaya tersendiri walaupun kami belajar dari guru yang sama. Saya mula nampak persekitaran yang menggalakkan idea kreatif kita boleh berkembang dari sini. Kelas juga sangat interaktif, dijalankan mengikut masa kita sendiri, ada perbincangan dan analisa sesuai dan unik untuk setiap individu. Saya juga nampak hala tuju periuk nasi saya selepas ini dan saya dapatkan rasakan perlaksanaan mencapai perancangan saya akan menjadi lebih kemas dan realistik. Insha Allah perjalanan saya selepas ini lebih rancak dan istiqamah tambahan pula ada dua orang lagi kawan sekolah lama saya yang menyertai kelas ini. Sekiranya kawan-kawan mahu meningkatkan profesionalisme di dalam ber'blogging' dan menulis, silalah klik pautan ini : http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/p/blog-page_5160.html . Tidak rugi mencuba kerana mungkin peluang ini seperti datang bergolek sewaktu kita tidak perlukannya, tetapi sewaktu kita perlukannya ia tidak lagi dipanggil peluang. Betul kan?
Sekian sahaja perkongsian saya tentang kelas online ini, berjumpa lagi kita Insha Allah dalam entri-entri saya di lain masa! Ma'as Salamah wa Ilal Liqa'!