Assalamualaikum WBT
Pembaca yang dikasihi Allah SWT sekalian, sedar tak sedar hari ini dah masuk Ramadhan Hari ke-12, maknanya kita dalam fasa kedua bulan penuh Rahmat dan Keampunan ini. Pesan saya untuk diri sendiri ialah memperbanyakkan memohon keampunan dariNya; semoga yang lain juga boleh dapat faedahnya Insha Allah.
Sementara menunggu anak bangun dari tidur, saya ambil kesempatan sekejap dengan menulis tentang Mana Perginya Duit Ni? Tuan-tuan dan Puan-puan perasan tak kadang-kadang bila kita mengira duit yang tinggal dan yang telah dibelanjakan, ada sejumlah yang kita tidak dapat kesan entah ke mana perginya? Entah tersalah letak ataupun jatuh sewaktu kalut-kalut di pasar tadi. Sudah bercampurkah duit berniaga dengan duit belanja dapur?
Oleh itu, saya menganjurkan kita mempunyai sebuah buku nota kecil dan pen yang sentiasa ada dengan kita sebagai memudahkan kita membuat catatan dengan pantas tentang duit keluar masuk hatta dua puluh sen pun! Memang dengar seperti payah juga tetapi percayalah ini sangat berguna bila kita hendak membuat buku kira-kira kewangan kita pula nanti. Iyalah, kadang-kadang kita terlupa tentang belian dengan jumlah yang kecil tetapi bila digabung-gabungkan pening juga memikir mana perginya duit kita itu. Tambahan pula bagi yang menjalankan perniagaan tak kiralah berskala jutawan ataupun usahawan kecil-kecilan seperti saya; penting bagi kita untuk ada buku catatan 'comot-comot' ni kata orang utara. Barulah senang melihat berapa duit belanja keluar, berapa duit berniaga masuk, berapa belanja untuk beli barang-barang untuk diniagakan, berapa yang belum dibayar, berapa pelanggan sudah bayar, apa yang belum kita selesaikan. Catat siap dengan tarikh dan potong yang mana sudah kita uruskan. Catatan yang dicatat dalam buku 'basahan' ini tidaklah dicatat dengan professional seperti dalam buku lejer akaun.
| Perbelanjaan dapur atau keluarga eloklah diasingkan supaya pengurusan kewangan bertambah licin. |
| Contoh buku catatan dan yang sentiasa ada dalam beg harian saya. Tak perlu cantik atau mahal sangat, ikut kemampuan masing-masing. |
Kesimpulannya, bagi sesiapa yang selalu menggaru-garu kepala yang tidak gatal memikirkan dimana tersalah letak duit, cubalah cara ini. Manalah tahu dapat membantu terutama sekali dalam urusan yang melibatkan pihak lain seperti hutang, bayaran, pesanan dan lain-lain lagi. Insha Allah. Biar kita berpeluh sikit sekarang di masa lain kita lapang fikiran.
Sekian sahaja perkongsian dari saya, saya hendak ke pasar mencari ikan bilis dan nenas untuk dibuat jem demi memenuhi tempahan Kerepek Tempe dan Pineapple Nasta dari pelanggan Abdullah FOODS. Anak pun sudah bangun, jadi masa untuk bersiap-siap! Ilal liqa' Ma'as Salamah tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
| Insha Allah hanya yang segar dari ladang menjadi asas kepercayaan pelanggan di Abdullah FOODS. |
Wassalam WBT
teringat pula pernah digesel motor dan slumber je motor tu berlalu pergi. macam takde apa yang berlaku. yang saya terpinga-pinga bercampur dengan perasaan marah. putusnya, ah. lantak.. huhu.. tapi sakit jugak la mata ni bila tengok kereta dah kena sagat... saboor.. saboor.. ntah bila masanya nak polish kereta..
ReplyDeletea a Azlina kadang-kadang kita dengar macam sikit je kena, tapi bila keluar tengok...aduhai..
ReplyDelete