Assalamualaikum WBT
Hari ini masuk hari keempat keluarga kami menerima kehadiran orang baru dan si abang sudah menyedari hakikat dia mempunyai seorang lagi ahli yang wajib diperiksa sebaik sahaja bangun tidur. Pantang dengar bunyi adik merengek, dia sudah terpacak di tepi katil bertanya itu dan ini dalam bahasa yang haruslah kita orang dewasa menafsirnya sendiri.
Sementelaah menunggu kepulangan abi dengan si abang kecil dari kedai, saya menulis seketika. Sekejap lagi kami akan ke hospital untuk memeriksa darah si adik kerana khuatir bacaan jaundisnya tinggi. Emak pun sedang menjahit lagi, jadi saya mencuri masa di laptop suami. Semoga semuanya baik-baik belaka. Memang terkadang bila melihat bayi yang tidaklah sekuning mana, tetapi bila dinasihatkan oleh jururawat untuk diperiksa, eloklah kita turutkan sahaja.
Bersalin kali ini banyak pengalaman baru kerana saya ingin mencuba kelahiran normal, namun kuasa Tuhan lebih mengatasi. Jadi bayi kedua kami dilahirkan melalui pembedahan. Alhamdulillah semuanya selamat dan berharap dapat segera pulih dan segar untuk menguruskan kehidupan. Syukurlah rumah sewa kami sedaerah dengan rumah emak ayah saya, jadi mudahlah saya tumpang berpantang di sini sementara suami boleh berulang allik ke kedai memproses bekalan produk Abdullah FOODS dengan mengupah dua orang pembantu. Terima Kasih Ya Allah kerana Mengurniakan kami rezeki dan bantuan yang semakin baik dari hari ke hari. Semoga dengan Rahmat dan Kasih SayangMu dapat kami menunaikan apa yang belum tertunai seterusnya mengubah nasib keluarga.
Permintaan dan maklumbalas pelanggan mengenai produk kami ternyata tidak menang tangan suami jadinya, sehinggakan acapkali pulang dengan mata kuyu namun masih membantu menangani anak sulung kami yang masih perlukan perhatian. Maklumlah umminya belum boleh berlasak-lasak lagi. Buat promosi dan menulis bolehlah. Bagi yang tertanya-tanya bagaimana memecut perniagaan terutama perniagaan yang baru didirikan dan bagaimana membina blog yang berkesan dan menerima kunjungan ramai terutama pelanggan yang berpotensi, bolehlah terus mendaftar dengan Guru Online saya iaitu Puan Nisa Nua, seorang arkitek merangkap usahawanita berjaya. Beliau menguruskannya semua dari rumah!
Akhir kata kali ini, Jutaan Terima Kasih kepada keluarga dan sanak-saudara, rakan-rakan yang datang menziarahi saya dan orang baru kami (sejak sebelum bersalin hinggalah bersalin). Tak kurang juga yang memberi ucapan dan kata-kata semangat baik dengan telefon, SMS mahupun di Facebook. Semoga keikhlasan kalian dibalas dengan kebaikan jua dari Allah SWT. Bagi sanak saudara, rakan taulan susah dan senang bersama di kejauhan, saya kenalkan anggota baru di Abdullah FOODS,
| Baby LK sejurus sebelum ke hospital. |
Wassalam WBT
Alhamdulillah... Tahniah atas kelahiran cahaya mata kedua Husna! :)
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah, dah selamat dah Husna melahirkan anak kedua rupanya. Tahniah ya Husna. Semoga anak yang baru lahir membawa rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga Husna. Insyaallah
ReplyDeleteTahniah dengan kelahiran baby baru. Semoga baby sentiasa sihat dan membesar bagai johan..ops, membesar sihat dan jd anak soleh. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah..terima kasih sahabat2 sekalian..aaamiiiinnn..amiiinnnn :)
ReplyDelete