Tuesday, 8 April 2014

Suprise Party Planner


Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Anak-anak lena. Cuaca nyaman sekali kerana di luar hujan renyai-renyai. Saya mengetuk papan kekunci telefon bimbit ini kerana komputer riba punah kipas penyejuknya pula.

Abdullah bulan ini dah pandai minta umi mainkan video 'egg suprise'. Umi lap peluh di dahi.


Alamak, ulangtahun kelahiran suami hujung bulan ini. Tahun lepas buat kejutan ayam percik, nasi hujan panas dan puding karamel. Minta tolong abang dan kakak ipar belikan kek hari lahir dan kakak sulung datang membawa aiskrim.

Suami saya yang baru pulang awal pagi itu masih mamai ketika ahli keluarga berkumpul. Makin ramai dan ramai lagi. Beliau masih tidak perasan.

Pun beliau tidak tahu apa yang berlaku di dapur kerana saya perap ayam senyap-senyap sahaja. Rempah sudah saya kisar dari semalamnya. Barang basah pun saya beli siap-siap masukkan ke dalam peti. Begitu juga puding karamel. Malamnya sudah dibiarkan menyejuk dalam peti.

Tinggal lagi pagi itu untuk membuat jelatah timun, karot dan nenas serta memanggang ayam percik.

Terpancar keceriaan di wajah beliau. Alhamdulillah. Saya amat lega dan gembira parti mengejut ini berjalan lancar walaupun dengan bajet yang minima.

Bagi suami, isteri, ibu, ayah, kakak, adik atau sesiapa sahaja yang ingin membuat kejutan tidak kira hari lahir, hari ulangtahun pernikahan, majlis kesyukuran atau apa sahaja hari yang bermakna pada kalian tetapi masa tidak mengizinkannya, kalian boleh berhubung dengan saya untuk perbincangan lanjut.

Bayangkan kejutan yang ingin diberi kepada yang tersayang, mahu di taman, di pantai, di rumah atau di mana- mana yang sesuai, insha Allah, bersama Abdullah FOODS, kita boleh merealisasikannya.

Mahu fine dining di rumah, mahu perkelahan romantik melihat panorama pagi atau malam, mahu makanan berkhasiat dan menyeronokkan kanak-kanak, mahu rakam momen terindah dengan gambar yang profesional, Insha Allah semuanya boleh dibincangkan.

Jom beri kejutan terindah buat insan istimewa di hati kita!

Sekian

Wassalam wbt

4 comments:

  1. Tak lama lg harijadi anak2 dan suami..de rezeki insyaallah boleh tempah nanti
    Ingin bekerja hanya di rumah http://dalilayusof.blogspot.com/2014/03/kelas-online-belajar-hanya-di-rumah.html
    Perlukan kereta sewa dan MPV http://dalilayusof.blogspot.com/search/label/Kereta%20Sewa

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh puan Dila, dialu-alukannn!! ;)

      Delete
  2. Wah!! menarik ni husna :-) Bila wt party ie Birthday Party ni anak2 akn rasa dihargai. Ini salah satu cara kita meraikan kegembiraan anak bersama keluarga & rakan2. Tahniah Husna! satu idea bisness dr rumah yg sgt menarik!

    P/S: ada yg teringin nk berniaga dari rumah, jom singgah blog WAHM Corner. Insyallah, kita kongsi ilmu & manfaat bersama-sama:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, kita cuba maksimakan fokus kita :), jom sapa tak tau nak bisness apa, ambik ni buat idea, tapi daftar dulu la dengan abdr yaaa..hihihiii :)

      Delete