Thursday, 30 January 2014

Mencari Pembantu Dapur

Teks: Siti Nurulhusna Hashim

Bismillah
Assalamualaikum wbt

Lama tidak bersua. Komputer riba suami masih dibaiki. Menggunakan telefon pintar suami sekejap bergilir-gilir dengan telefon pintar adik untuk terus berurusniaga di alam maya. Insha Allah, saya akan cuba sebaik mungkin. Ini semua Iradah Allah Ta'ala. TanpaNya tidak mungkin segala sesuatu.

Minggu ini pesanan semakin meningkat. Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Pun ada yang terpaksa menunggu dengan penuh kesabaran.

Masih mencari pembantu di dapur Abdullah FOODS, semoga dengan kehadirannya dapat melicinkan urusan dan pengeluaran produk lebih teratur.

Dua orang pembantu yang membantu suami mengeluarkan produk sejuk beku hanya datang sekali-sekala sahaja. Mereka suami isteri tidak mahukan upah yang mana membuatkan suami malu alah memohon pertolongan.

Apa yang mampu dilakukan ialah mengubahsuai sedikit jadual harian dan semoga Allah SWT Mempermudahkan urusan Abdullah FOODS. Amin.

Sekian

Wassalam wbt.

4 comments:

  1. Puan, saya ada anak saudara lelaki berumur 25 tahun, biasa bekerja di dapur. boleh bagi maklumat tentang kerja yang puan tawarkan. minta call saya. wan mazlina: 012-9577805

    ReplyDelete
    Replies
    1. assalamualaikum baik puan wan. insha Allah nanti saya hubungi puan

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. This comment has been removed by the author.

      Delete