Bismillah
Assalamualaikum WBT
Kacang Balut boleh saya kategorikan kerepek atau jajan orang Melayu. Rangup kerana berkacang dan di balut diluar pula. Setiap biji dihasilkan dengan penuh ketekunan supaya hasilnya cantik, sekata dan sudah semestinya enak dimakan. Warnanya sedikit putih dan keperangan. Rasanya pelbagai dan jikalau yang berperisa toffee, kata Mat Salleh, ianya seperti bunga api di dalam mulut kerana meriahnya lidah merasa.
Kerepek-kerepek juga, ramuannya semua mempunyai khasiat yang tersendiri. Biar sedap dan ada kebaikan menjamahnya. Sememangnya nikmat dan sesuai dengan tekak orang Malaysia. Kanak-kanak juga orang dewasa semua boleh menikmatinya. Setelah iklan Kelas Belajar Buat Kacang Balut, mesti kalian tertanya-tanya bagaimana rupanya kacang balut keluaran Abdullah FOODS? Jadi inilah rupanya Kacang Balut kami:
Kenapa perlu belajar buat Kacang Balut ini dengan kami?
Ini kerana, kacang balut ini mempunyai resepi, teknik balutan dan masakan yang khusus. Penyediaannya mudah namun 'tricky'. Jika tersalah langkah kacang balut kurang menjadi oleh itu usah penat-penat berfikir, daftar kelas dengan kami dan belajar tanpa rahsia. Kami mengamalkan konsep jimat masa yang praktikal dalam penyediaan makanan kering ini dan amat sesuai sekiranya peserta ingin mengembangkan produk ini.
Di bengkel, semua peserta akan belajar sehingga produk siap, tinggal bawa balik untuk makan sahaja. Bahan-bahan dan peralatan memasak akan disediakan Abdullah FOODS. Setiap sesi, kami menerima 5 hingga 6 orang pelajar sahaja kerana tidak mahu yang ketinggalan semasa sesi pengajaran. Jadi lebih mudah juga untuk pengajar fokus kepada peserta.
Oleh itu, bagi kalian yang berminat saya paparkan iklan di bawah dan boleh bertindak sebelum terlambat!
![]() |
| Masih ada kekosongan untuk pendaftaran kelas ini. |
Sekian,
Wassalam WBT.

salam saya berminat ingin mempelajari produk kcg balut ini cuma saya berada jauh di kl.ada tak saudari membuat kelas dikawasan yg berdktan kl atau mungkin e-book?selain itu sy krg fhm maksud kcg balut tu serupa tak dengan kcag yg disalut tepung,kari dan sbgainya sbb dilihat dr gmbr tu seperti dia kerepek sekeping sekeping,mohon pencerahan,tq
ReplyDeletewaalaikumussalam saudari suzana. insha Allah kelas online dan ebook sedang disiapkan khusus untuk pembaca yang jauh dari balik pulau dan saya akan war warkan di blog sedikit masa lagi. kacang balut berbeza dari kacang salut. benar ia sebiji sebiji dibalut secara berasingan dengan adunan dan kulitnya. maafkan saya lambat membalas pertanyaan saudari.
Delete