Bismillah
Assalamualaikum WBT
Segar sungguh kedua-dua biji mata saya pagi ini; sudah pasti tidur semalam adalah tidur yang berkualiti. Alhamdulillah. Puas hati boleh meronda sekeluarga mencari material untuk idea-idea bisnes online. Insha Allah, sedikit masa lagi bolehlah direalisasikan hasrat tersebut. Seronok pula dapat bertukar pandangan di alam maya ini. Denagn izin Allah SWT, perkongsian hobi saya pula bakal menyusul selepas ini; moga dipermudahkanNya. Amin.
Terpanggil untuk memberi sedikit ulasan mengenai status mukabuku guru online saya Puan Nisa Nua di dalam Kelas Asas Blog dan Penulisan (kelas online) yang menyebut tentang tajuk entri yang perlu 'catchy' untuk menarik perhatian pembaca. Saya sangat bersetuju dengan saranan beliau dan di sini saya utarakan pendapat saya mengenai jenis-jenis tajuk dan kesan kepada pembacaan.
Persoalannya, pentingkah tajuk yang 'catchy'? Tajuk yang 'catchy' ternyata lebih digemari pembaca dan melalui tindakan mereka klik pada topik yang menarik membolehkan pendapat kita didengari oleh masyarakat. Akan tetapi, tujuan utama mengenakan tajuk yang bombastik pada entri kita bukan setakat meningkatkan statistik pembaca sahaja. Perlu diingat, jikalau isinya merepek, pembaca pasti naik lemau dan minta maaflah mereka hendak berkunjung lagi kerana ia seolah-olah indah khabar dari rupa.
Jika hendak lihat pemikiran kita benar-benar telah dibasuh hingga positif, bolehlah mencuba ikuti blog yang negatif dan mengumpat sahaja kerjanya, jika jari masih mampu untuk klik dan klik lagi maknanya kita gemarkan perkara yang sama. Ini bukan seperti hukum magnet kutub utara- kutub selatan, minda yang di'set' perkara negatif gemarkan 'makanan-makanan' yang negatif juga.

Jika kita baca tajuknya 'Kucing Saya' dan karangannya memang mengenai kucing, memang ceritanya selari dengan tajuk; maka ini jenis tajuk yang pertama iaitu 'straight-forward'. Jika asyik guna tajuk begini bimbang pembaca sudah boleh menjangka kisah yang anda ingin kongsikan dan membuatkan mereka berpindah ke blog lain pula. Untuk lebih jelas, jikalau kita dengar tajuk filem KL Gangster, maka dalam benak kita sudah tentu penuh gambaran Kuala Lumpur dan aktiviti gangsterismanya.
Yang kedua, tajuk yang dipilih memang membuatkan pembaca tertanya-tanya dan ingin teruskan membaca. Tetapi pemilihan tajuk biarlah yang berkaitan; ini niat di hati hendak bercerita pasal kasut sendiri tetapi tajuknya Kasut Pak Imam! Lainlah sekiranya pencerita itu ialah Pak Imam itu sendiri. Mahu berkongsi kisah Pak Musang, tajuk ditulis Panda Merah. Tiada kena-mengena bukan?
Persoalannya, pentingkah tajuk yang 'catchy'? Tajuk yang 'catchy' ternyata lebih digemari pembaca dan melalui tindakan mereka klik pada topik yang menarik membolehkan pendapat kita didengari oleh masyarakat. Akan tetapi, tujuan utama mengenakan tajuk yang bombastik pada entri kita bukan setakat meningkatkan statistik pembaca sahaja. Perlu diingat, jikalau isinya merepek, pembaca pasti naik lemau dan minta maaflah mereka hendak berkunjung lagi kerana ia seolah-olah indah khabar dari rupa.
Tajuk yang mempersonakan lagi banyak maknanya juga bertujuan membawa pembaca berfikir dalam perspektif lain. Tajuk yang samar-samar ini biasanya menggunakan kiasan. Penggunaan kiasan yang positif amat sesuai untuk kisah-kisah seperti perkongsian motivasi, penceritaan teladan mahupun kisah kejayaan. Kiasan yang negatif sebolehnya kita elakkan dan jika benar-benar bermaksud begitu bermakna mendedahkan kelemahan sendiri yang membawa kerugian. Blog yang negatif dan suka menyumpah-nyumpah adalah meletihkan untuk dibaca.
Jika hendak lihat pemikiran kita benar-benar telah dibasuh hingga positif, bolehlah mencuba ikuti blog yang negatif dan mengumpat sahaja kerjanya, jika jari masih mampu untuk klik dan klik lagi maknanya kita gemarkan perkara yang sama. Ini bukan seperti hukum magnet kutub utara- kutub selatan, minda yang di'set' perkara negatif gemarkan 'makanan-makanan' yang negatif juga.
Saya bukan penulis negara, tetapi ini yang saya sintesis dari pengalaman dan diterbitkan dengan catatan yang tidak seberapa kerana setahu saya, membaca adalah proses pasif anggota tetapi aktif minda. Masyarakat Jepun memang produktif dan begitu maju kerana kuat membaca dan tahu apa yang dibaca mereka. Sebelum kita membaca isinya, kita belek dahulu tajuknya. Maka, memang tajuk yang baik itu penting.
Sedihkan? Sepatutnya dunia Islam yang mengagungkan aktiviti membaca ini kerana Kalamullah yang pertama diturunkan kepada Nabi SAW tidak lain tidak bukan ialah Iqra'. Ayat pertama dalam Surah A-Alaq: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan Nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk). Lihat tajuk surah pertama di dalam Al-Quran. Sangat 'catchy'! Al-'Alaq maknanya Segumpal Darah. Terus timbul perasaan ingin tahu dan ingin membaca. Pesan saya, gunakan kuasa tajuk dengan sebaiknya demi menggalakkan masyarakat kita membaca. Insha Allah!
Sekian,
Wassalam WBT

-----------------------------------------------<@
Belajar lebih lagi di:
Kelas Asas Blog dan Penulisan
atau mantapkan perniagaan anda di:
Kelas Asas Blog dan Fanpage
Kelas Belajar Beriklan di mudah.my
atau hasilkan karya kreatif anda di:
Pra-pendaftaran Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif (Kelas bermula Disember 2013)
Mari kembangkan idea anda dengan berkongsi di laman blog profesional milik anda sendiri. Coaching personal oleh guru-guru hebat di bawah pengasas Akademi Bekerja di Rumah.
PAKEJ KELAS ASAS BLOG BULAN NOVEMBER
Harga pakej sebenar RM155 (ebook) + RM130 (yuran kelas)= RM 285
Untuk PROMOSI November RM200 sahaja. 7 HARI LAGI!!!!
P/S: Mari kita kongsi apa yang ada. Bila kita memeriahkan pentas perkongsian ilmu, Insha Allah. Allah SWT akan meriahkan pahala amalan kita pula. Biarlah hanya sedikit kerana sudah hakikat ilmu manusia hanya seperti air laut yang melekat pada jari. Lain jarinya, bermakna lainlah 'air' yang melekat itu. Wallahu'alam.
Kelas Asas Blog dan Penulisan
atau mantapkan perniagaan anda di:
Kelas Asas Blog dan Fanpage
Kelas Belajar Beriklan di mudah.my
atau hasilkan karya kreatif anda di:
Pra-pendaftaran Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif (Kelas bermula Disember 2013)
Mari kembangkan idea anda dengan berkongsi di laman blog profesional milik anda sendiri. Coaching personal oleh guru-guru hebat di bawah pengasas Akademi Bekerja di Rumah.
PAKEJ KELAS ASAS BLOG BULAN NOVEMBER
Harga pakej sebenar RM155 (ebook) + RM130 (yuran kelas)= RM 285
Untuk PROMOSI November RM200 sahaja. 7 HARI LAGI!!!!
Terima kasih atas tips... ;)
ReplyDeletesedikit cuma azlina :)
Delete